Tuesday, April 5, 2011

GURU BESAR SK PENAMPANG, SABAH sekarang










Encik Lai Ah Ngan

1.2 VISI
“Bertekad cemerlang dalam kurikulum, sahsiah dan kokurikulum menjelang tahun 2013”.

1.3 MISI
Misi Sekolah Kebangsaan Penampang, Sabah:
 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
 Mendidik murid dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti agar memperolehi kecemerlangan khususnya dalam peperiksaan UPSR.
 Melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, keratif serta berketrampilan dan mampu berdaya saing dalam menghadapi dunia era globalisasi.
 Mengamalkan budaya kerja cemerlang di kalangan warga sekolah
 Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni melalui pemuafakatan dan kerjasama di kalangan komuniti.

1.4 MOTO

“ BERDISIPLIN BERUSAHA BERJAYA ”

Logo Sekolah








Rajah 1: Logo SK. Dimpokuan

Rajah di atas menunjukkan logo SK. Dimpokuan. Logo yang ringkas ini melambangkan tradisi, falsafah dan visi sekolah. Asas logo terbina daripada bulatan yang secara tradisinya melambangkan prisip kesepaduan dan permuafakatan menjana ilmu kepada semua pelajar dan seluruh warga SK. Dimpokuan.


Rajah 2: Logo SK. Penampang
Rajah 2 menunjukkan logo baru sekolah setelah nama SK. Dimpokuan ditukar kepada SK. Penampang. Tiada perubahan besar dilakukan ke atas logo sekolah kecuali tulisan SK. Dimpokuan diubah kepada SK. Penampang. Berikut ialah pengertian mengenai lambang pada logo sekolah:

a. Gunung Kinabalu adalah simbolik keutuhan dan komitmen sekolah ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek, rohani, dan jasmani.
b. Obor melambangklan usaha sekolah yang berterusan ke arah mencemerlangkan psikomotor pelajar dalam pelbagai bidang kesukanan.
c. Buku dan titisan dakwat adalah symbol kepada ilmu yang telah dicurahkan untuk memantapkan kekuatan intelek dan rohani semua pelajar.
d. Topi empat segi membawa maksud kejayaan, kecemerlangan dan kesejahteraan pelajar ke arah pendidikan yang lebih tinggi.
Setiap warna pada logo sekolah turut mempunyai simbolik yang tertentu. Terdapat lima warna pada logo sekolah yang mendukung maksud yang berlainan. Warna dan maksudnya ialah:

a. Merah melambangkan kepada tradisi perjuangan ilmu, perintis awal, keberanian dan kekuatan menghadapi cabaran.
b. Putih melambangkan keikhlasan dan ketulusan perkhidmatan mendidik pelajar di peringkat awal.
c. Biru melambangkan kekuatan, dinamisme dan kesepaduan jentera utama SK. Penampang.
d. Kuning melambangkan ketelusan perkhidmatan ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
e. Hijau melambangkan keharmonian, kestabilan, dan keceriaan seluruh warga SK. Penampang.






Wahai pelajar SK. Penampang
Belajar dan tuntutlah ilmu
Menuntut ilmu penuh cabaran
Tuntutlah ilmu tan pa jemu

Marilah putera puteri semua
Untuk nusa dan bangsa
Marilah kita berusaha
Tak kira bangsa dan agama

Berdisiplin berusaha berjaya
Ke arah capai cita mulia
Pegang prinsip sekolah kita tercinta
Ke arah hidup yang sempurna

Lirik Lagu : Siniah Gansur
Gubahan : Siniah Gansur

Profail SK. Penampang..

Sekolah Kebangsaan Dimpokuan merupakan sekolah baru dan terletak atas geran CL 28343 yang mempunyai keluasan 2.239 hektar (5.533 ekar). Bangunan sekolah ini telah siap dibina sepenuhnya pada bulan Disember 2002 tetapi majlis penyerahan bangunan telah diilakukan lebih awal, iaitu pada 10 Mei 2002. Datuk Dr. Hamdan Hj. Mohammed selaku Timbalan Pengarah Pelajaran ketika itu telah mewakili Jabatan Pelajaran dalam upacara penyerahan itu.

Sekolah ini memulakan operasi pada 6 Januari 2003 dengan bilangan pelajar seramai 112 orang dan tujuh orang guru. Guru Besar telah melapor diri pada 28 Mac 2003 menjadikan bilangan guru kepada lapan orang pada tahun itu. Empat buah kelas telah dibuka semasa sekolah ini memulakan operasinya, iaitu darjah 1 (2 buah kelas), darjah 2 (sebuah kelas), dan darjah 3 (sebuah kelas).

Bangunan sekolah mempunyai empat buah blok bangunan yang terdiri daripada 3 buah blok bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan satu tingkat. Blok bangunan 3 tingkat itu pula merangkumi sebuah blok pentadbiran (Blok Pentadbiran) dan dua buah blok bilik darjah (Blok A & B). Terdapat sebanyak 30 buah bilik darjah pada kedua-dua blok tersebut. Manakala bagi blok bangunan satu tingkat, sebuah kantin di tempatkan di bahagian bawahnya. Di bahagian atas pula adalah sebuah surau, stor SPBT, PJK, dan stor am.

Sekolah ini turut dilengkapi dengan sebuah padang permainan kecil disamping 3 buah gelanggang sepak takraw / badminton. Tidak ketinggalan sebuah dewan terbuka serta bilik mesyuarat juga dimiliki di blok pentadbiran.

Pada sesi 2004, ahli jawatankuasa PIBG sekolah telah membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran untuk menukarkan nama sekolah kepada nama baru iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN PENAMPANG. Akhirnya pada tanggal 14 Jun 2007 nama sekolah yang baru telah mendapat kelulusan daripada pihak kementerian. Sehingga sekarang sekolah ini dikenali sebagai SK. Penampang. Nama baru ini menunjukkan bahawa sekolah ini bersedia untuk bersaing dari segi pencapaian intelek, sahsiah serta mendukung nama daerah Penampang.

Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah:

1. William T. Sorimpok 2003 hingga 2008

2. Lai Ah Ngan 2008 hingga sekarang